Groupon Shopping

Monday, January 21, 2013

ahhh I dont know how to describe how best you guys are!




Alhamdulillah. Exams dah selesai petang tadi. Lepas ni takde lagi exams. Yang tinggal hanya praktikal, thesis and viva. Itu pun dah cukup menakutkan HAHA.

Gonna miss all my UiTM KBM friends especially my classmates FINANCE 5E. You guys are the best mates ever. Sayang korang sangat sangat. Taktau nak describe betapa the best nya korang bagi aku. Jangan lupa aku ya, nampak gitar, ingatlah aku. Jangan nampak makanan je korang ingat aku :P 

Kat sini aku nak pesan sikit untuk kita semua, 
hopefully korang nanti (termasuk aku lah), walau dah pergi tinggi mana pun, please please please jangan lupa ibu ayah, jangan lupa family, and the most important is jangan lupa siapa kita di dunia ni, ingat Allah selalu, InshaAllah kita sentiasa selamat dunia akhirat. Wish we would be successful here and hereafter. Sama-sama doa kayh ^^, 

Nanti ada peluang lagi, kita gather macam kat pantai harituh ya! :D



Much love, Anis...



p/s : whatever we do, studying, playing, working, entertaining, please don't forget our responsibilities as HIS servants. May all of us always be in the right path. InshaAllah.. amin..




Tuesday, January 8, 2013

examinations mode!




Semester ke lima dan semester terakhir berada di kampus sebelum ke internship di MAHB     next semester. Sedang exam dan harapnya dapat lakukan yang terbaik berbanding semester lepas. Doakan ya !

Tuesday, January 1, 2013

Perginya 2012...


Dia pergi dengan cepat. Tak sempat nak memenuhi impian dan matlamat. Masih banyak yang belum dipenuhi, masih bersisa mimpi dan angan untuk menjadi nyata. Allah Maha Besar, DIA memberi ku peluang sekali lagi untuk memenuhi segala yang ku hajati. InshaAllah, doa ku agar umur ini panjang, untuk beramal tanpa jemu dan berusaha mencapai cita-citaku. 

2012, kau pergi begitu cepat sehingga aku masih merasai basahnya pipi ku menangisi ujian yang diberi. Rupanya ia sudah lama berlalu. Dan ku sambut 2013 dengan hati yang belum bersedia, kerana aku takut jika diri ku masih sama seperti tahun sebelumnya-usia ku bertambah tetapi amal ku membimbangkan. 

Ya ALLAH, teruslah beri suntikan cinta agungMU dalam hati ku agar tidak sekali-kali aku mencintai yang lain lebih daripada aku mencintaiMU. Terangi jalan ku agar tidak lagi aku sesat dibawa musuh-musuh durjana ku. Permudahkan segala yang kelihatan sukar bagi ku. Permudahkan segala urusan dunia & akhirat ku, pekerjaan ku, pelajaranku, rezki ku, jodohku dan berilah kesejateraan, kebahagian hidup buat aku, keluargaku & insan yang ku sayang. Amin...

ohbelog!