Groupon Shopping

Tuesday, January 1, 2013

Perginya 2012...


Dia pergi dengan cepat. Tak sempat nak memenuhi impian dan matlamat. Masih banyak yang belum dipenuhi, masih bersisa mimpi dan angan untuk menjadi nyata. Allah Maha Besar, DIA memberi ku peluang sekali lagi untuk memenuhi segala yang ku hajati. InshaAllah, doa ku agar umur ini panjang, untuk beramal tanpa jemu dan berusaha mencapai cita-citaku. 

2012, kau pergi begitu cepat sehingga aku masih merasai basahnya pipi ku menangisi ujian yang diberi. Rupanya ia sudah lama berlalu. Dan ku sambut 2013 dengan hati yang belum bersedia, kerana aku takut jika diri ku masih sama seperti tahun sebelumnya-usia ku bertambah tetapi amal ku membimbangkan. 

Ya ALLAH, teruslah beri suntikan cinta agungMU dalam hati ku agar tidak sekali-kali aku mencintai yang lain lebih daripada aku mencintaiMU. Terangi jalan ku agar tidak lagi aku sesat dibawa musuh-musuh durjana ku. Permudahkan segala yang kelihatan sukar bagi ku. Permudahkan segala urusan dunia & akhirat ku, pekerjaan ku, pelajaranku, rezki ku, jodohku dan berilah kesejateraan, kebahagian hidup buat aku, keluargaku & insan yang ku sayang. Amin...

ohbelog!