Groupon Shopping

Sunday, February 22, 2015

Kau akan okay.. :)


Jangan fikir sangat, nanti kau sedih.
Jangan biar kesedihan jadi raja dalam hati, nanti makan diri. 
Jangan...

Nanti kau rasa apa aku rasa. 
Saat tu, sumpah aku cakap, aku bersyukur.
Kenapa Allah bagi aku dugaan hebat tu, jawapannya terjawab, hikmahnya aku rasa.

Jangan sedih lagi.
Sebab, hidup kita ni bukan untuk diratapi, ditangisi, dikesali.
Bukan untuk biar masa berlalu dengan sia sia.

Sabar ya..
Aku pernah rasa. 
Aku sampai hilang punca.
Semuanya rasa tak berguna, bagai bukan di bumi nyata.
Hakikatnya, memang aku tak bermimpi. 
Tak, aku memang dalam realiti. 
Realiti yang aku sendiri tak tercapai dek akal, akan terjadi.

Nampak kan? Tuhan nak uji.
Jauh mana kau pergi, hebat mana hambaNya boleh lalui, tanpa DIA dalam hati.
Aku tak mampu kata apa selain sabar. 
Perkataan biasa.
Orang yang laluinya je dapat rasa, merasa payahnya untuk sabarkan hati.

Menangis sekarang, nanti akan datang kau jangan kenang kenang.
Biarkan yg belakang jangan diambil pusing lagi.
Sebab hidup kita adalah untuk ke depan. 
Bukan patah balik masa lalu.

Ambil masa kau, tapi jangan lama.
Ingat tujuan kau hidup untuk apa. 
Tujuan kau belajar, kerja, semua tu untuk apa?
Kalau untuk mak ayah, letak dorang dalam hati, cakap kat diri sendiri, kau nak bahagiakan dorang. 
Dorang bahagia dan kau pun akan bahagia.

Dah, kesat air mata...
Cuba pandang cermin, tengok muka yg sembab, mata bengkak, cuba tegangkan sikit bibir dan senyum.
Cakap dengan diri kau depan cermin "Aku Kuat, Aku akan lalui semua ni dengan sabar" 

Okay? 

InshaAllah, kau okay :)



ohbelog!