Groupon Shopping

Monday, March 9, 2015

Didik hati.


Ujian.

Kalau kecik pun mengeluh hati ini menanggung, apa lagi ujian besar.
Sedangkan tercuit air panas sikit dah mengaduh pedih. 
Tak biasa.

Apa lagi kita nak?

Allah turunkan nikmat, kesihatan, makan pakai cukup segala.
Tapi mulut duk komplen itu ini tak ada, tak cukup.

Mungkin kita tak nampak apa Allah bagi sedangkan kita sedang menggunakan segala pemberianNya.
Teruknya kita. 
Sampai hati kita tak ucap syukur dan merasakan cukup dengan nikmat.

Sampai hati.

Kalau nak lebih, tak salah..
Usaha lah, takde siapa larang. 
Usaha tu tangga kejayaan.
Cuma, setiap apa kita dapat hasil usaha tu yg patut kita syukuri.
Bukan keluhi.

Aku selalu ingatkan diri sendiri, ramai lagi lebih susah dan ujian mereka lebih hebat.
Tapi kenapa aku masih merungut sedangkan ujian aku apa lah sangat. 

Sabar, itu yg aku pesan sendiri.
Syukur, itu yg aku sedang didik hati ni.


ohbelog!