Groupon Shopping

Wednesday, June 17, 2015

Selamat Datang Ramadhan !

Ramadhan kali ini lebih istimewa. 
Sebab Ramadhan pertama dengan suami. Hihi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri hina ini masih diberi peluang menyambut hadirnya Ramadhan. 

Kalau sebelum ini bangun sahur, ibu yang bangkitkan, dengan panggilan dan ketukan pintu bilik. Kadang makanan sudah tersedia oleh ibu. Kadang tu rajin sikit, bangun awal tolong ibu sediakan alas perut untuk setengah hari menahan lapar dahaga.

Ibu sekarang di hospital. 
Ditemani ayah yang setia menjaga.
Dek kerana masing masing dengan komitmen hidup.
Ayah pesara kerajaan jadi, ayah lah yang paling kerap teman ibu di hospital.
Institut Kanser Negara sebenarnya.
Ibu masuk wad bagi memudahkan urusan rawatan radioterapi. 
Taknak duduk wad pun tak jadi masalah tapi ayah mintak ibu tinggal di wad, mudah katanya.

Jadi, aku lah pengganti ibu di rumah ni.
Kami suami isteri masih tinggal di rumah ibu ayah aku.
Memikirkan keadaan ibu yang kurang sihat, niat untuk menyewa rumah lain dibatalkan.
Takpe. Buat sementara.

Bukan nak cerita sedih, tapi tiap kali ibu masuk hospital, rumah ni macam bukan rumah.
Apa lah maknanya rumah tanpa seorang ibu di dalamnya.
Sunyi je. Bosan je rasa.
Kadang rasa sayu. 
Mungkin dah terbiasa diri ini pulang ke rumah pasti ibu ada.

Takpe. 
Ini ujian Allah. 
Ingat tu Anis. 

Maka, aku yang bersuami baru dua bulan ini lah yang semakin mengerti menjadi seorang isteri serta suri di dalam rumah.
Besarnya tanggung jawab ibu galas selama ni, walau ibu hanya suri rumah sepenuh masa.
Biasakan lah diri mu Anis. 

Ramadhan itu istimewa. 
Keberkatannya ada. 
Moga Anis terus istiqamah.
Mohon doa agar dapat menjadi suri dan isteri yang terbaik buat suami (serta anak-anak, In sha Allah jika ada rezki punya zuriat nanti) 

Ramadhan ini indah.
Kerana suami di sisi. 
Juga indah kerana ianya Ramadhan, bulan yang dinanti, dialu-alukan...
Dan dirindui kehadirannya setiap kali.


Selamat datang Ramadhan :)


Thursday, June 11, 2015

Kini seorang isteri.

Mungkin terlalu lama menyepi, terasa macam nak aktif kembali dalam dunia merapu meraban milik si anis. 

Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Ilahi, selamat sudah dua bulan aku menjadi seorang isteri kepada seorang suami yg Allah beri. Alhamdulillah, ucapan yg sekadar ucapan, masih sukar digambarkan dengan kata-kata betapa aku bersyukur dengan hikmah daripada Nya.

Semoga lepas ini kehidupan kami bertambah baik sebagai pasangan suami isteri. Banyak benda kena belajar lagi. Maklum lah sebelum ni tak reti apa sangat, tiba tiba je dah bersuami. Alhamdulillah. Tu kurnia daripada Allah. Moga kekal ke jannah hendaknya ya.

Kepada suami ku anugerah Allah buat ku, harap kamu mampu menjaga ku, menjadi imamku, terbaik bagi ku dan sama sama lah kita berdoa supaya iman ini teguh dan sabar dalam menghadapi ujian mendatang. 

Aamiin ya rabb.

 






ohbelog!