Groupon Shopping

Monday, December 7, 2015

Itulah, stress lagiiii.. Kan dah kena darah tinggi !

Sakit menyerang tak kira umur. Baru baru ni tengkuk rasa sakit, tak selesa nak baring dan tidur. Esok paginya waktu bersiap pergi kerja, husband suruh pergi klinik kat terminal level 3. Berat jugak hati nak pergi. 

Sampai office dan waktu breakfast dengan kawan office (kakak, because she's older than me), aku tanya dia " Kak, kalau sakit bahagian belakang tengkuk ni kenapa ya?" 
Dia terus bagi reaksi terkejut dan suruh aku pergi check up because normally orang sakit tengkuk ni ada kaitan dengan high blood pressure. Oh maiii ! Takut dah masa tu. 

Lepas breakfast terus pergi klinik panel dekat level 3 klia. Nasib ada klinik, tak payah aku drive keluar pi klinik lain. Doctor check dan dia tanya 

"ada tak sebelum ni orang bagitau awak ada darah tinggi?" 
-ada, tahun lepas waktu check up kat klinik ( klinik lain) 

"Mak ayah awak ada sakit darah tinggi?" 
-mak je...

"Okay, tekanan darah tinggi awak agak tinggi, dan lepas ni awak kena pantau, awak pregnant?"
-Tak. Tak kot.

"Bila last your period?"
-dua minggu lepas.

And bla bla bla. Macam tu la kejadiannya. Tak boleh lupa the first time dapat darah tinggi yg betul tinggi bacaannya. Umur baru 25 dan saya ada darah tinggi. Dulu selalu fikir yg darah tinggi ni mak mak kita je ada. Tak pernah terfikir orang muda pun boleh kena. 

Tahun lepas kalau tak silap pergi interview kerja for the first time, pressure gila dalam bilik temuduga tu sebab lebih kurg 40 minit bersama panel panel penemuduga yg arif lagi bijaksana, dengan whiteboard yg penuh dengan soalan yang harus dijawab dihadapan panel. Hahah. 

Balik interview terus headache gila tak larat nak balik naik bus and called my bakal suami (belum kawin lagi masa tu). Dia jemput dan terus dibawak ke klinik. Doctor kata blood pressure tinggi sikit je. Dia assumed aku stress dengan kerja, errr padahal interview tu buat aku stress. 

Okay back to the story asal, 160/82 tu actually bacaan yg agak tinggi. Aku boleh simpulkan yang mungkin aku stress tentang kerja. Aku bekerja weekdays di office dan dalam masa sama baru la nak jinak2 buat part time as side income. Kena siapkan part time and full time punya kerja sekaligus buat kita rasa serabut. 

Kenapa part time? Sebab aku ni kerja contract basis. Contract akan tamat hujung bulan Dec ni. Baru start nak belajar jadi freelancer sebab dah tak nak kerja makan gaji. Kita cuba je apa yang ada depan mata. Rezki di tangan Allah, kita kena usaha dan doa je. Sebab tu lah agaknya aku stress memikirkan macam mana nak mula sebagai freelancer. Banyak benda bermain dalam fikiran, boleh ke aku ni kerja secara bebas, secara komisen, boleh jamin ke aku cukup setiap bulan? Takkan nak bergantung pada suami je. Kesian dia. Walaupun dia agak menyokong aku jadi freelancer. 

Niat aku yang sebenarnya ialah taknak terikat dengan waktu bekerja keluar pagi balik petang on weekdays. Kalau boleh biar aku sndiri tentukan masa bekerja aku. Kalau boleh nak fokus pada rumah tangga. Sebab tu aku taknak terima dah kalau ada tawarab sambung contract. Takut nanti tertekan dengan masalah kerja hakiki dan kerja sampingan. Tak mau. Tak mau. 

Insha Allah, niat yang baik pasti Allah permudahkan. Lepas ni kena jaga kesihatan dan cuba kawal stress dengan baik. And for those yang jenis tak reti duk diam bekerja and stress memanjang, you better go for check up and get advice from doctor. Jaga makan and jaga waktu tidur. Kena cukup tidur walau sibuk macam mana pun. 

Sekian celoteh dari Anis. Bye. 



-Prudential BSN Takaful. Manfaat simpanan, perlindungan dan perubatan. Whatsapp Anis @ 012 647 0275



ohbelog!