Groupon Shopping

Saturday, August 30, 2014

Chocolate tiffin pertama kali terus menjadi.


         

Nama dia chocolate tiffin. 
Gambar di atas adalah hasil pertama kali.
Seronok betul bila menjadi.

Sedap okay!

Kini tak perlu lagi beli jajan coklat.
Penjimatan berganda. 

Huhuhu.

Kisahnya tertengok youtube.
Tengok sekali tanpa salin resipi, terus selang beberapa hari gua bikin.

Alhamdulillah, semua puas hati.
Ada yang memuji. 
Seronok bila orang suka hasil tangan kita.
Walau tak seberapa.
Yang penting ikhlas.

Ada yang nak resipi ke? 

hik hiks.

Thursday, August 28, 2014

#throwback ; E-day



         

Saje. 
Feeling throwback masa majlis tunang hari tu.
Tatarias oleh kakak sendiri.
Dia bukan pengandam.
Cuma dia reti gitu gitu jela.
Aku tak suka make up beriya, tebal, sampai hilang rupa asal.
Biar ler nampak natural kan. 

Tunang. Alahai.

Sekarang tengah sabar menunggu detik bulan April 2015. 
Hihihi.

Bukan menggatal nak berlaki.
Tapi tak sanggup nak jaga status tunangan ni dalam tempoh agak lama.
Kalau boleh biarlah dipercepatkan. 
Lebih afdhal kan?

Hihihi.

Mari, saya belanja gambar moment menjadi tunangan orang.
Errr agak dah basi. 
Bulan May tu hari.
 

        

           
                                     

                                    

       


















Wednesday, August 27, 2014

Sempurna bukan milik kita


Sempurna.
Tiada satu makhluk Allah sempurna.
Sermpurna akhlak dan sifat, tentunya Rasulullah.

Kita? 
Kita siapa weh?
Semayang kita cukup lima waktu?
Okay kalau cukup, sempurna ke?

Kita?
Pakai tudung berhijab cantik sopan.
Mulut kita jaga ke?
Mengata mengutuk, alahai perkara biasa.

Kita? 
Iman tebal mana je.
Tak tentu lagi ibadah diterima.
Jangan sangka esok lusa kau masih ada bernyawa.

Kita?
Manusia dan hamba yang tak serik.
Tak serik buat dosa.
Hari ini bersalah selubung diri.
Esok kita buat lagi.

Kita?
Kita memang tak sempurna.
Takkan pernah sempurna.

Rupa kau cantik kacak,
Belum tentu kepala otak bijak.
Jangan kau terasa hina andai rupa biasa,
Sedangkan Tuhan kasi kau otak geliga.

Kita? 
Memang tak sempurna.
Tapi DIA adil. 
Setiap kita ada lebih dan kurangnya.
Kau lebih itu, aku kurang ini.

Kita sama je. 
Semua.


-Anis(nnysaradzali), 2014


Wednesday, August 13, 2014

Setia.


Aku bukan menggalakkan percintaan sebelum nikah, tapi aku ada sesuatu yang sangat aku ingin, Demi Allah, nak diluahkan.
Aku, bagi aku, diri aku sudah semestinya setia hanya pada seorang.
Pendapat jujur aku, setia itu bukan suatu perkara yang sukar.
Kau tanya diri kau. 
Sayang tak pada si dia cinta hati kau?
Sayang.
Okay, kau patut setia. Patut. Titik. 
Mudah.

Aku dan ramai lagi yang sependapat dengan aku, adalah pencinta sejati. 
Kenapa perlu kau keluarkan kenyataan,
"Handsome weh, siapa tu? Tak pernah nampak"
"Aku nak nombor telefon awek tu lah, tolong eh" 
"Ala.. Aku nak kawan jer, aku tetap sayang awek aku la"
"Well.. Boyfriend aku tak kesah aku kawan dengan sesiapa asalkan tahu batas"

Maaf, kau cakap begitu sedangkan hati kau sudah terisi dengan kehadiran yang penting dalam hidup kau, konon dialah bakal bergelar kekasih dunia akhirat kau. 
Kenapa perlu macam tak cukup kawan mahu kan lebih lagi. 
Kawan, sekadar kawan. 
Tak salah.
Ya.
Tapi ingat, permulaan sebagai kawan itu mungkin, aku bilang mungkin, akan membawa ke tahap seterusnya.
Bila hati rasa 'kami serasi'.
Apa lagi?

Aku berpendapat berdasar pemerhatian.
Aku bukan berpengalaman punya dua tiga 'teman tapi mesra'
Bohong kalau aku bilang aku tak pernah bercinta.
Tapi percintaan kedua aku adalah InshaAllah yang terakhir.
Dan aku tetap mahu ia jadi yang terakhir.
Wallahi, dunia akhirat ku.

Bukan aku menghalang sebuah persahabatan baru.
Tapi jangan kau mulakan dulu.
Maksud aku, mencari sehingga berjaya menyulam sebagai lebih dari seorang kenalan.
Terlebih lebih.
Aku sedih sebab aku mudah rasa apa orang lain rasa.

Orang sakit, aku terasa tempiasnya.
Sensitif benar hati ini.



Saturday, May 24, 2014

Aku jahil.


Waktu itu, aku jahil. Tapi sekarang masih jahil. Waktu itu aku leka dengan seronoknya dunia, indahnya cinta, nikmatnya melayan perasaan dan angan-angan. Fikir sedalamnya, mungkin ini cara aku dikejutkan dari kelalaian dunia. Syukur..

Sekarang, aku masih jahil. Sedangkan aku tahu hukum Tuhan, aku masih degil. Sedangkan setiap waktu aku mohon diampuni segala dosa, aku malu tapi aku masih sama, jahil. 

Jahil.

Sunday, May 18, 2014

Pantasnya waktu.


Cepat masa berjalan. Berlari mungkin, sebab terasa sungguh pantasnya waktu. Alhamdulillah, sedar  tak sedar diri ni tunangan orang, dua minggu sudah. Maaf. Bukan nak canang tapi mengingatkan betapa pedihnya masa semalam, tapi berkat doa Allah beri sesuatu yang tak pernah terlintas selama ni. 

Setahun lebih cuba bangkit dalam senyap dan cerianya wajah, hati pedih menusuk kat dalam tak siapa tahu. Serius. Aku bukan kuat tapi aku lemah sendiri. Allah yang tahu. Beberapa orang sahabat karib memahami. Yang lain seperti biasa, bersangka baik baik saja. 

Tapi, aku nak ingatkan semua, doa itu senjata. Doa itu penting. Kalau sedih, jalan terbaik adalah mengadu pada DIA. Dalam sujud kau menangis. Sepuasnya. Layan habis feeling waktu dimana paling dekat kita dengan Pencipta. Serius aku tak tipu. Itu keajaiban tuhan. 

Aku bukan alim. Bukan baik tapi percaya lah, aku Agungkan ALLAH yang satu. Pengalaman aku share, pengalaman yang aku sendiri tak percaya aku mampu laluinya. Terima kasih Ya Allah.


Wednesday, March 26, 2014

Flight that never return ? #MH370



Assalamualaikum...

Walau diri ini bukan kalangan keluarga mangsa pesawat penerbangan MH370 yang terlibat dalam nahas, tetapi jantung ini bagai terhenti seketika tatkala mendengar pengumuman sidang media oleh PM. "MH370 ended in southern indian ocean" dengan sebaknya suara PM mengabarkan kepada satu dunia berita yang mendukacitakan tu.

Satu Malaysia merasai kesedihan. Satu dunia mengenang kejadian memilukan. Semua berdoa dan berharap agar mangsa selamat dari nahas. Tapi, siapa kita untuk melawan takdir DIA? Topik MH370 kini disebut, dibincang dan dijaja setiap masa. 

'Ya Allah, begitu besar ujianMU buat rakyat Malaysia. Ini ujian tanda kasihMU, tanda ingatanMU pada kami. Sesungguhnya kami selalu alpa, leka dengan urusan dunia. Semoga ujian ini terkandung kebaikan dan hikmah buat kami. Ya Allah, beri kami kekuatan, kesabaran yang tinggi dan iman yang teguh agar kami tidak meratapi peristiwa hitam yang menimpa kami, terutama buat keluarga mangsa pesawat hilang. Redakan tangis mereka, lapangkan hati mereka untuk menerima takdirMU Ya Allah.'

Amin...  :'/ 



Tuesday, February 4, 2014

Bakal ditemuduga.



Rasa teruja, takut, gementar. Semua jadi satu. Temuduga pertama dalam hidup selepas grad! Diiringi doa ibu, ayah, keluarga dan tersayang, semoga Allah perkenankan dan permudahkan. Aminn..


:)


SHINing note : interview kerja tetap sebab sekarang contract jew. weeee~~


ohbelog!