Saturday, March 3, 2018

Nasi Goreng Ikan Masin (yang tak masin)

Assalamualaikum. Hello. 
Semalam akibat terlalu lapar, aku dan husband singgah makan di sebuah kedai mamak dekat Tesco Nilai. Sebelum nak shopping barang dapur, pekena nasi goreng ikan masin dulu. 

Kecewa lah. Masa order, aku minta nasi gorengnya dibuat pedas. Biasalah tekak melayu, makanan akan jadi bosan dan plain kalau tak ada sedikit kepedasan. Tapi, yang sampai secebis cebisan cili pun aku tak nampak. Aku suruh husband mintakan cili api potong. Kalau aku yang minta mau mengamuk. Hihi. Aku jarang mengamuk kat kedai makan walaupun selalu pelayan lambat ambil order, order lain dapat lain, order sejam kemudian baru dapat makanan. Tapi aku jarang nak marah benda-benda macam tu sebab masih boleh bersabar. 

Tapi semalam. Ya Allah. Aku lapar sejak tengah hari membawa ke petang, husband cuti duduk di rumah. Jadi, sebaik aku habis kerja jam 5.30, terus shoot ambil suami di rumah dan terus ke tesco tesco beli barang dapur. Macam-macam benda menyakitkan hati terjadi bila perut tengah lapar. Kereta nak masuk simpang tak bagi signal, bawa kereta atas jalan besar macam bersiar siar kat jalan kampung. Geram tau. 

Bila perut tengah teruja nak makan sebab lapar level 60, boleh pulak makanan yg kita order tu jadi hampeh. Oh ya, air pulak aku order nescafe o ais tanpa gula. Aku siap ulang order, "tak nak gula ya". Dia pun nampaknya faham dan ulang semula apa aku cakap. Tapi nescafe yang sampai tu manis potong kaki! Aku tak sampai hati nak suruh dia buat semula, sudahnya aku telan je lah! Allah. Menguji kesabaran betul. 

Waktu makan nasi goreng ikan masin yang tak pedas langsung di mamak tu, suami cakap "Eh dia tak letak kailan ke dalam nasi goreng ni". Sebab selalunya nasi goreng ikan masin ni memang jodoh dia sayur kailan lah, baru terangkat rasa dia tu. 

Lalu, suami cadangkan kita beli kailan dan ikan masin di Tesco dan suruh aku buat nasi goreng ikan masin keesokan harinya. Makan terjadilah nasi ini. Panjang pulak cerita aku. Bengang punya pasal kan. 

Buat sendiri lebih puas hati tau.
Tak masin sangat sebab teragak-agak nak bubuh ikan masin banyak, takut termasin. Tapi masih ada rasa ikan masin, itu dah cukup. Kalau tak masin boleh bubuh garam sikit. 



Yang ni baru tambah nasi setelah habis pusingan pertama. Muehehe.

Bahan-bahan. 

1. Bawang putih - 4 ulas.
2. Bawang merah kecil - 3 ulas 
3. Cili api merah+hijau - 15biji (ikut selera masing-masing ya)
4. Ikan masin talang. (Saya ambil bahagian isi potong nipis 5 slices. Sebelum itu, saya rasa sedikit ikan masin untuk measure tahap kemasinannya.) 
5. Kailan. (Ikut suka nak banyak mana) 
6. Telur sebiji

Cara-cara.

Tumbuk bahan 1,2,3,4. Tumis sehingga sedikit garing dan bertukar warna karamel. 

Masukkan kailan. 

Masukkan nasi. Gaul rata. 

Buat lubang di tengah kuali dan masuk telur. Setelah telur masak, gaul rata bersama nasi. 

Pastikan rasa nasi dahulu sebelum dipindah masuk ke dalam pinggan ya. Kalau terlalu masin, tambah sedikit gula untuk stabilkan tahap kemasinan. Kalau tawar, masukkan garam. 

Selamat mencuba!

Tuesday, February 20, 2018

Pindah

Assalamualaikum. Hallo!

Dah lama tak bersemuka dengan blog sendiri. Entah berhabuk entah berhantu. Huhuhu. Okay, melihat pada tajuk, PINDAH. Ya, aku dan suami berpindah ke rumah lain. Bukan lagi tinggal dengan keluarga aku. 

Sebaiknya seeloknya, haruslah tinggal berasingan dengan orang lain waima keluarga kita sendiri, mak ayah sendiri atau mak ayah mertua. Pokoknya, hanya suami dan isteri sahaja, bina keluarga sendiri, bina anak. Eh. Okay taknak cakap pasal anak kerana kami sendiri belum dikurniakan walaupun seorang. Hehe. 

Kami jumpa rumah sewa paling murah dan paling dekat dengan tempat kerja. Kita laki bini kerja kat KLIA je. Tak jauh. Jadi, rumah kami pun Alhamdulillah dekat dengan KLIA, kawasan kampung. Orang kata pinggir bandar lah. But that's okay. Sangat berbaloi dan seronok. Nak beli rumah sendiri tu dalam perancangan lagi. InshaAllah soon. 

Kami pakat cari rumah sewa sebelum arwah along meninggal lagi. Tapi masa tu tak ada lah terburu-buru nak pindah keluar dari rumah ayah, memandangkan arwah along  meninggal hari kedua raya korban, kami rilek-rilek lah dulu, takmau terlalu cepat keluar sebab kesian pulak kat ayah, baru bersedih atas kepergian Along. Takkan kita nak keluar buru- buru. 

Maka, bulan Desimber 2017 kami pakat cari rumah sewa secara online. Cari kat mudah.my, facebook group page kawasan nilai dan sepang. Memang mahal-mahal belaka woi rumah sewa zaman sekarang ni. Teringat dulu rumah ayah sekarang ni, dulu ayah sewakan lebih kurang RM350 je sebulan. Rumah teres kecil je lah, masa tu belum renovate, dua bilik tidur je. 

Zaman sekarang ni dua bilik pun boleh cecah RM500 woo. Kalau 3bilik mau nya RM800. 

Oh ya! Kami hampir-hampir nak sewa je studio house kat Mesa Mall, Nilai yang baru bukak tu. RM850 sebulan! Itu pun kami fikir studio tu 1bilik, boleh je lah nak tinggal laki bini je. Dikengkapi mesin basuh, dapur dan peti ais. Itu je yang buat kami ni hampir nak menyewa situ sebab malas nak keluar duit beli mesin basuh, peti ais, dapur lagi. Aduh! 

Tapi masih tak berbaloi sebenarnya sebab studio kan kecik je. Lebih kurang 350 kaki persegi. Kalau lah mak mertua dari kampung datang, dengan ipar duai lagi. Mana lah mereka itu nak mendamparkan diri. (Geleng kepala)

Cari punya cari, kebetulan kakak kat pejabat aku ni tagged aku kat Facebook group pasal ada rumah untuk disewa. Berbaloi lah 3bilik 1bilik air. Keluasan tak pasti pasal agent tu sendiri tak tahu luasnya. Tapi aku anggarkan lingkungan 1000 kaki persegi. 

Apa lagi, kami pun terus bayar deposit lepas usha rumah tu kejap dan perasaan berpuas hati menyelubungi kami. Hehe. 

Yang sakitnya bila rumah tu kosong lah, not furnished at all. Tapi takpe. Kita slow and steady je beli barang keperluan sikit-sikit. Mujur ada simpanan sikit boleh tolong dikala sesak. 

Jadi, kat sini aku nak seru pasangan mana yang takut dan tak bersedia nak tinggal berasingan dengan mak ayah korang lepas kahwin dengan alasan TAK MAMPU, insha Allah urusan kalian akan dipermudahkan. Buatlah simpanan sikit-sikit. Beli barang yang perlu dulu. Yang penting makanan kering yang tahan lama tu beli buat simpanan kat rumah, in case kalau gaji lambat lagi ke, tak ada duit nak makan ke, kau hadaplah apa yang tersimpan kat rumah tu. Sambal telur pun sedap oii. 

Jangan risau. Allah ada. Dulu, kami laki bini pun selalu rasa was-was dan meragui kemampuan kami sendiri untuk tinggal berasingan. Sebab masa tu kepala duk fikir, duit banyak berbaki boleh pergi enjoy jalan sana sini, tengok movie apa bagai. Tapi end up tak ada pun jalan melancong ke apa. Jalan dekat-dekat setakat Melaka tu je lah.

Tapi bila dah pindah dan hidup berdikari dalam rumah sendiri (walaupun rumah sewa je), tapi rasa nikmat dia lain tau. Seronok. Setakat ni tak ada lah kami ni tak cukup makan, pakai, alhamdulillah boleh sangat survive. Cumanya, mungkin kami tak ada anak lagi, jadi tidak terbeban nak beli barang-barang anak apa semua kan. Tapi kami ada kucing lah. Hehe. Beli jugak lah makanan kucing, kibbles and wetfood, pasir poop dia lagi. Itu lah anak kami pun setakat ini. Hehe. Tapi anak itu hadir dengan rezki. Allah dah janjikan itu. Jangan lah khuatir, yakin je rezki ada di mana-mana. 

Sekian. Bebelan panjang setelah lama menyepi.


Tuesday, November 24, 2015

Belum ada rezki dapat anak? - positifkan diri.

Hai.

Letih rasa badan.
Macam orang tua. 
Padahal baru 7 bulan jadik bini orang. 

Apa? Ada isi ? 
Isi perut ada la. 
Isi anak belum lagi. 
Ya, belum lagi. 
Doa doa kan lah mana tahu tak lama lagi.
Ada yang sibuk tanya, dalam masa sama ada yang kata, 

"Alah... Relax2 dulu... Honeymoon..."
"Anis pun belum setahun pun kahwin kan... Takpe, nanti ada lah tu" 

Kata kata macam ni yang aku nak.
Tak sibok suruh kita buat anak. 
Sentiasa bagi kita positif. Kan...

Yang sibok duk tanya tu, aku hargai.
Mungkin uolls mengambik berat. 
Tapi kalau cakap bab zuriat ni, aku ni baru 7 bulan kawin, 
Awal sangat untuk orang bercakap cakap. 
Tempoh honeymoon lagi.
Ada orang tu bertahun tahun baru ada. 

Relax, Allah yg aturkan. 
Rezki pada Dia, anytime Dia nak bagi, Dia bagi je.
Dalam masa sama, kita pujuk Dia dengan doa sebab Dia suka kita merintih dan meminta pada Dia. 

Okay? 
Siapa yg rasa apa aku rasa, kita chill jer k. 
Biasalah mulut orang kita takleh halang dari berkata. 
Biorkan aje. Niat dorang mungkin baik, mengambil berat.


Sekarang tengah fikir nak cari rezki.
Kontrek kerja nak habis dah hujung tahun ni.
Takpe, kita chill je.





Wednesday, June 17, 2015

Selamat Datang Ramadhan !

Ramadhan kali ini lebih istimewa. 
Sebab Ramadhan pertama dengan suami. Hihi.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri hina ini masih diberi peluang menyambut hadirnya Ramadhan. 

Kalau sebelum ini bangun sahur, ibu yang bangkitkan, dengan panggilan dan ketukan pintu bilik. Kadang makanan sudah tersedia oleh ibu. Kadang tu rajin sikit, bangun awal tolong ibu sediakan alas perut untuk setengah hari menahan lapar dahaga.

Ibu sekarang di hospital. 
Ditemani ayah yang setia menjaga.
Dek kerana masing masing dengan komitmen hidup.
Ayah pesara kerajaan jadi, ayah lah yang paling kerap teman ibu di hospital.
Institut Kanser Negara sebenarnya.
Ibu masuk wad bagi memudahkan urusan rawatan radioterapi. 
Taknak duduk wad pun tak jadi masalah tapi ayah mintak ibu tinggal di wad, mudah katanya.

Jadi, aku lah pengganti ibu di rumah ni.
Kami suami isteri masih tinggal di rumah ibu ayah aku.
Memikirkan keadaan ibu yang kurang sihat, niat untuk menyewa rumah lain dibatalkan.
Takpe. Buat sementara.

Bukan nak cerita sedih, tapi tiap kali ibu masuk hospital, rumah ni macam bukan rumah.
Apa lah maknanya rumah tanpa seorang ibu di dalamnya.
Sunyi je. Bosan je rasa.
Kadang rasa sayu. 
Mungkin dah terbiasa diri ini pulang ke rumah pasti ibu ada.

Takpe. 
Ini ujian Allah. 
Ingat tu Anis. 

Maka, aku yang bersuami baru dua bulan ini lah yang semakin mengerti menjadi seorang isteri serta suri di dalam rumah.
Besarnya tanggung jawab ibu galas selama ni, walau ibu hanya suri rumah sepenuh masa.
Biasakan lah diri mu Anis. 

Ramadhan itu istimewa. 
Keberkatannya ada. 
Moga Anis terus istiqamah.
Mohon doa agar dapat menjadi suri dan isteri yang terbaik buat suami (serta anak-anak, In sha Allah jika ada rezki punya zuriat nanti) 

Ramadhan ini indah.
Kerana suami di sisi. 
Juga indah kerana ianya Ramadhan, bulan yang dinanti, dialu-alukan...
Dan dirindui kehadirannya setiap kali.


Selamat datang Ramadhan :)


Thursday, June 11, 2015

Kini seorang isteri.

Mungkin terlalu lama menyepi, terasa macam nak aktif kembali dalam dunia merapu meraban milik si anis. 

Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Ilahi, selamat sudah dua bulan aku menjadi seorang isteri kepada seorang suami yg Allah beri. Alhamdulillah, ucapan yg sekadar ucapan, masih sukar digambarkan dengan kata-kata betapa aku bersyukur dengan hikmah daripada Nya.

Semoga lepas ini kehidupan kami bertambah baik sebagai pasangan suami isteri. Banyak benda kena belajar lagi. Maklum lah sebelum ni tak reti apa sangat, tiba tiba je dah bersuami. Alhamdulillah. Tu kurnia daripada Allah. Moga kekal ke jannah hendaknya ya.

Kepada suami ku anugerah Allah buat ku, harap kamu mampu menjaga ku, menjadi imamku, terbaik bagi ku dan sama sama lah kita berdoa supaya iman ini teguh dan sabar dalam menghadapi ujian mendatang. 

Aamiin ya rabb.

 






Saturday, August 30, 2014

Chocolate tiffin pertama kali terus menjadi.


         

Nama dia chocolate tiffin. 
Gambar di atas adalah hasil pertama kali.
Seronok betul bila menjadi.

Sedap okay!

Kini tak perlu lagi beli jajan coklat.
Penjimatan berganda. 

Huhuhu.

Kisahnya tertengok youtube.
Tengok sekali tanpa salin resipi, terus selang beberapa hari gua bikin.

Alhamdulillah, semua puas hati.
Ada yang memuji. 
Seronok bila orang suka hasil tangan kita.
Walau tak seberapa.
Yang penting ikhlas.

Ada yang nak resipi ke? 

hik hiks.

Thursday, August 28, 2014

#throwback ; E-day



         

Saje. 
Feeling throwback masa majlis tunang hari tu.
Tatarias oleh kakak sendiri.
Dia bukan pengandam.
Cuma dia reti gitu gitu jela.
Aku tak suka make up beriya, tebal, sampai hilang rupa asal.
Biar ler nampak natural kan. 

Tunang. Alahai.

Sekarang tengah sabar menunggu detik bulan April 2015. 
Hihihi.

Bukan menggatal nak berlaki.
Tapi tak sanggup nak jaga status tunangan ni dalam tempoh agak lama.
Kalau boleh biarlah dipercepatkan. 
Lebih afdhal kan?

Hihihi.

Mari, saya belanja gambar moment menjadi tunangan orang.
Errr agak dah basi. 
Bulan May tu hari.
 

        

           
                                     

                                    

       


















Wednesday, August 27, 2014

Sempurna bukan milik kita


Sempurna.
Tiada satu makhluk Allah sempurna.
Sermpurna akhlak dan sifat, tentunya Rasulullah.

Kita? 
Kita siapa weh?
Semayang kita cukup lima waktu?
Okay kalau cukup, sempurna ke?

Kita?
Pakai tudung berhijab cantik sopan.
Mulut kita jaga ke?
Mengata mengutuk, alahai perkara biasa.

Kita? 
Iman tebal mana je.
Tak tentu lagi ibadah diterima.
Jangan sangka esok lusa kau masih ada bernyawa.

Kita?
Manusia dan hamba yang tak serik.
Tak serik buat dosa.
Hari ini bersalah selubung diri.
Esok kita buat lagi.

Kita?
Kita memang tak sempurna.
Takkan pernah sempurna.

Rupa kau cantik kacak,
Belum tentu kepala otak bijak.
Jangan kau terasa hina andai rupa biasa,
Sedangkan Tuhan kasi kau otak geliga.

Kita? 
Memang tak sempurna.
Tapi DIA adil. 
Setiap kita ada lebih dan kurangnya.
Kau lebih itu, aku kurang ini.

Kita sama je. 
Semua.


-Anis(nnysaradzali), 2014


ohbelog!