What's For Lunch? - Garden Cafe

Assalamualaikum. Hai!

Semalam rezeki makan tengah hari ada orang belanja. So, perkataan belanja ni selalunya orang kita jadi semangat sikit nak pergi kan? Yang berat bontot pun sanggup ikut sebab benda freeeeee. Hehe.

Without further merepek, I'm going to share with you guys where on earth did we go for our lunch yesterday. We went to one of the best restaurants in Nilai, called Aunty Aini's Garden Cafe. Kalau orang kawasan Sepang dan Nilai memang tahu lah lokasi restauran ni. It's quite well known among locals sini. 

Memang betul-betul rasa macam dalam garden sebab konsep cafe ni dalam taman seperti pada namanya Aunty Aini's Garden Cafe. So relaxing and peaceful when you step in the cafe garden. And guysssss, the foods we've had were all awesome seriously!


Tak sempat snap banyak gambar sebab masing-masing pun kelaparan masa ni. Bila makanan dihidang je, tak keruan jadi. Macam dalam gambar tu, lauk pauk kami adalah Sambal Udang Petai, Kerabu Pucuk Paku, Masak Lemak Daging Salai dengan Pisang, Asam Pedas Ikan Merah (Jenahak pun ada kalau tak silap), lauk yang tak ada dalam gambar ni sebab sampai lambat sikit, - Kangkung Belacan, Ayam Kampung Goreng. 

Semua sedap bagi aku sebab I'm a good eater but, I can tell whether they are worth to try or not. Bagi aku, Kerabu Pucuk Paku dia memang terbaik. 

Masak Lemak Daging Salai with Pisang dia sangat sedap, sangat memenuhi citarasa aku sebab rasanya agak smokey tu kekuatan dia, smokey tu sebab daging salai dia tu kan. Ditemani pisang pulak sebagai watak sampingan dalam masak lemak itu, Ya Ampunnnnn. Tapi tahap kepedasan dia biasa, tak pedas sangat pun untuk golongan yang gila pedas macam aku ni, aku tak rasa pedas pun gulai ni. Sesuailah untuk sesiapa yang tak gemar pedas. The taste is awesome. 

Sambal Udang Petai dia pun not bad, udang dia besar, manis, juicy, sedap. Dah, itu je aku mampu cakap. Tahap kepedasan, biasa. 

Kerabu Pucuk Paku dia antara pemenang dan salah seorang officemate aku cakap dia akan repeat sebab benda ni. Korang rasalah sendiri dia punya sedap lagi-lagi bila makan dengan nasi.

Asam pedas dia pulak aku tak begitu fokus sangat pada rasa dia sbb dah begitu banyak lauk dalam satu pnggan, so aku rasa sikit sekadar untuk merasainya sahaja. But the taste was good I would say, just by it looks definitely you can tell how good the asam pedas would be, right? Kuah dia pekat kemerahan, itu lagi membuat kau rasa berkorbar nak makan wey.. Oh ya, tahap kepedasan asam pedas ni pun biasa. Aku suka macam mana mereka ni cuba memenuhi selera pelanggan dengan membuatkan lauk pauk itu tak terlalu pedas dan terlalu plain. Point di situ. 

Oh by the way, ayam kampung goreng dia aku tak sempat nak rasa sebab menjadi rebutan sangat kan. Hehe, sis pun mengalah jelah sebab lauk pun banyak, jangan lah tamak sangat kan. Orang belanja ni pun dah bersyukur ke hadrat Ilahi. 




Ini pencuci mulut yang aku pilih, kakak pelayan tu ada tanya nak desert apa? Sagu, aiskrim atau tapai aiskrim? Kebetulan masa tu tapai aiskrim tinggal semangkuk je dan itu menjadi rezki officemate aku, so aku pilih sagu gula melaka je. tapi guys, aku dapat rasa sesudu jelah tapai aiskrim tu- dalam mangkuk kecil tu ada tapai pulut di bahagian bawah dan aiskrim vanila atasnya. Aku sangat sukakannya! sebab mereka seolah jodoh yang baru nak bertemu dalam satu mangkuk lalu terus jadi serasi dan bahagia, haha. Back to sagu gula melaka tadi, ini adalah rasa yang aku suka sebab ia tidak terlalu manis dan memuakkan tekak aku, just nice and tasty as well. 

Aku harap dapat repeat lagi lunch kat sini sebab aku nak cuba lauk yang lain pulak, haha.

Okay guys, semoga membantu kalian yang sedang mencari makan di Nilai dan selamat menjamu selera! 

Comments

Popular Posts