Pindah

Assalamualaikum. Hallo!

Dah lama tak bersemuka dengan blog sendiri. Entah berhabuk entah berhantu. Huhuhu. Okay, melihat pada tajuk, PINDAH. Ya, aku dan suami berpindah ke rumah lain. Bukan lagi tinggal dengan keluarga aku. 

Sebaiknya seeloknya, haruslah tinggal berasingan dengan orang lain waima keluarga kita sendiri, mak ayah sendiri atau mak ayah mertua. Pokoknya, hanya suami dan isteri sahaja, bina keluarga sendiri, bina anak. Eh. Okay taknak cakap pasal anak kerana kami sendiri belum dikurniakan walaupun seorang. Hehe. 

Kami jumpa rumah sewa paling murah dan paling dekat dengan tempat kerja. Kita laki bini kerja kat KLIA je. Tak jauh. Jadi, rumah kami pun Alhamdulillah dekat dengan KLIA, kawasan kampung. Orang kata pinggir bandar lah. But that's okay. Sangat berbaloi dan seronok. Nak beli rumah sendiri tu dalam perancangan lagi. InshaAllah soon. 

Kami pakat cari rumah sewa sebelum arwah along meninggal lagi. Tapi masa tu tak ada lah terburu-buru nak pindah keluar dari rumah ayah, memandangkan arwah along  meninggal hari kedua raya korban, kami rilek-rilek lah dulu, takmau terlalu cepat keluar sebab kesian pulak kat ayah, baru bersedih atas kepergian Along. Takkan kita nak keluar buru- buru. 

Maka, bulan Desimber 2017 kami pakat cari rumah sewa secara online. Cari kat mudah.my, facebook group page kawasan nilai dan sepang. Memang mahal-mahal belaka woi rumah sewa zaman sekarang ni. Teringat dulu rumah ayah sekarang ni, dulu ayah sewakan lebih kurang RM350 je sebulan. Rumah teres kecil je lah, masa tu belum renovate, dua bilik tidur je. 

Zaman sekarang ni dua bilik pun boleh cecah RM500 woo. Kalau 3bilik mau nya RM800. 

Oh ya! Kami hampir-hampir nak sewa je studio house kat Mesa Mall, Nilai yang baru bukak tu. RM850 sebulan! Itu pun kami fikir studio tu 1bilik, boleh je lah nak tinggal laki bini je. Dikengkapi mesin basuh, dapur dan peti ais. Itu je yang buat kami ni hampir nak menyewa situ sebab malas nak keluar duit beli mesin basuh, peti ais, dapur lagi. Aduh! 

Tapi masih tak berbaloi sebenarnya sebab studio kan kecik je. Lebih kurang 350 kaki persegi. Kalau lah mak mertua dari kampung datang, dengan ipar duai lagi. Mana lah mereka itu nak mendamparkan diri. (Geleng kepala)

Cari punya cari, kebetulan kakak kat pejabat aku ni tagged aku kat Facebook group pasal ada rumah untuk disewa. Berbaloi lah 3bilik 1bilik air. Keluasan tak pasti pasal agent tu sendiri tak tahu luasnya. Tapi aku anggarkan lingkungan 1000 kaki persegi. 

Apa lagi, kami pun terus bayar deposit lepas usha rumah tu kejap dan perasaan berpuas hati menyelubungi kami. Hehe. 

Yang sakitnya bila rumah tu kosong lah, not furnished at all. Tapi takpe. Kita slow and steady je beli barang keperluan sikit-sikit. Mujur ada simpanan sikit boleh tolong dikala sesak. 

Jadi, kat sini aku nak seru pasangan mana yang takut dan tak bersedia nak tinggal berasingan dengan mak ayah korang lepas kahwin dengan alasan TAK MAMPU, insha Allah urusan kalian akan dipermudahkan. Buatlah simpanan sikit-sikit. Beli barang yang perlu dulu. Yang penting makanan kering yang tahan lama tu beli buat simpanan kat rumah, in case kalau gaji lambat lagi ke, tak ada duit nak makan ke, kau hadaplah apa yang tersimpan kat rumah tu. Sambal telur pun sedap oii. 

Jangan risau. Allah ada. Dulu, kami laki bini pun selalu rasa was-was dan meragui kemampuan kami sendiri untuk tinggal berasingan. Sebab masa tu kepala duk fikir, duit banyak berbaki boleh pergi enjoy jalan sana sini, tengok movie apa bagai. Tapi end up tak ada pun jalan melancong ke apa. Jalan dekat-dekat setakat Melaka tu je lah.

Tapi bila dah pindah dan hidup berdikari dalam rumah sendiri (walaupun rumah sewa je), tapi rasa nikmat dia lain tau. Seronok. Setakat ni tak ada lah kami ni tak cukup makan, pakai, alhamdulillah boleh sangat survive. Cumanya, mungkin kami tak ada anak lagi, jadi tidak terbeban nak beli barang-barang anak apa semua kan. Tapi kami ada kucing lah. Hehe. Beli jugak lah makanan kucing, kibbles and wetfood, pasir poop dia lagi. Itu lah anak kami pun setakat ini. Hehe. Tapi anak itu hadir dengan rezki. Allah dah janjikan itu. Jangan lah khuatir, yakin je rezki ada di mana-mana. 

Sekian. Bebelan panjang setelah lama menyepi.


Comments

Popular Posts